Tatchi de...... Modern..classic...contemporary...elegant...

Assalamualaikum to all...

Firstly, I want to thank the Merciful Allah for giving me a chance to fullfill my dreams and interest towards this make-up fields.. As a make-up artist..i maybe not the best yet... but i will improved and be the best and serve the best to all my clients..and future clients...
Di sini...jika anda ingin menggunakan khidmat saya di hari bersejarah anda, sila hubungi atau sms saya di no. 012-5164121 (24/7)... Insyallah segala pertanyaan anda akan di layan.
tidak kira bridal, dinner, and other special occasions.... =)

Saturday, May 9, 2009

description ni amat sesuai utk aku....hahaha....

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

kuiz aku di facebook

Notty just took the "Which Drug are You?" quiz and the result is Ecstasy.

You are a whole lot of excitement in a small package. You are the life of the party and get everyone around you feeling the love. You are emotional, affectionate and caring. You love making people as happy as you are.


- hahaha....who ever noes me will noe wether its rite or not..but..general tots..all people wanna have fun there..so..anyone culd be any drugs dat they wan..sick opinion n tots..haha

ETIKA BERSAHABAT

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau
problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau
saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita
sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan
kita.


1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung
perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan
mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.


2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap
teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar
masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara
ketika berbincang.


3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain.
Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati
kita.


4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu
orang lain juga akan menghormatimu.


5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi
hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh -
jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.


6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama
dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.


7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu.
Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah
dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.


8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina
sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri
kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu
bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil
kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!


9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama
teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang
perselisihan faham antara satu sama lain.


10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran
hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah
saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?


11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama
lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya
ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia
kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya
akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga
jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga
punya masalah yang perlu diselasaikan!


12. SALING BERHUBUNG


Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak
dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar.
Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu
kepadanya.


13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah
baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi
haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang
kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang
melanda akan jernih semula.