Tatchi de...... Modern..classic...contemporary...elegant...

Assalamualaikum to all...

Firstly, I want to thank the Merciful Allah for giving me a chance to fullfill my dreams and interest towards this make-up fields.. As a make-up artist..i maybe not the best yet... but i will improved and be the best and serve the best to all my clients..and future clients...
Di sini...jika anda ingin menggunakan khidmat saya di hari bersejarah anda, sila hubungi atau sms saya di no. 012-5164121 (24/7)... Insyallah segala pertanyaan anda akan di layan.
tidak kira bridal, dinner, and other special occasions.... =)

Friday, November 6, 2009

jeng jeng jeng.....ini adik akooo...azroy a.k.a enyot orrrr....hahahahah..
dlm 3 beradik aku paling rapat ngan dia la..ye la..adik bongsu...intan payung gunong letop la kunun kan..hahaha...dari kecik..gado baik nangis..aku suke buli dia dulu...hihihi...anak manja mama...spai laa ni haa..skg dok skali ngan aku kat KL nih...erm, ntah la..mana ade akoo..c2 ade dia..tu la rapatnye kamii..tapi time gadoh..tak hengat...haha..adoiyaiii..lawak la...pe saje kami share..hihihihi...maybe kalau akoo kawen baru dia dok sndri..berdikari..isk3..mama akoo la..tak bagi dia dok sdri..asik2 akoo gaks..erm..nak wat cano...kakak..pepe jadi...lantookkk...hahahah
pe daa..tapi kira akoo ni kakak yg sporting morting la..hahah.,puji diri sdri..tak tahan seyh..huhu.....ini la dia...azroy...gila2 remaja ah kunun..podahhh...huhu
my parent....mr & mrs hilmi. yezzaaa.....mase ni kat airport KK..nak balik KL..heheheh....aku ikut muka sape..korg ase la kan..hahaha....
erm...bila teringat kisah lama..kesian diorg..leh tahan teruk gak la nak jaga aku...tak caye tanya la kwn aku ...hihihi..adoiyai.. sampei kene tgu laa..nyaris tak kene rotan..kene tazkirah jeh..pergghhh....syahdooo..isk....
ini la my nephews..actualli ni pic lama...aku suke sebab npk sgt2 comey...
haha..skg ni da comot daaaa.....erm...sgt2 nakal..spai nak tercaboot anak tekak kalau ngan diorg nih..
pergghhh...bikin hati panas...hihihihi....but..diorg la penghibur hati duka lara...

Monday, June 8, 2009

Baca..bagus nih...boleh menyedarkan diri sape2 yg tak sedar kekurangan diri..huhu...

Menilai "KEIKHLASAN" si dia & anda sendiri..


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dankeluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati
hari yang berbahagia tersebut..

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.. kedua mempelai begitu
anggun
dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang
setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal
yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang
tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya
mencatat hal-hal yang kurang baik
kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat
untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai
dulu ya",
kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya,
sekitar 2 muka
surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai
diri isterinya, ia
memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.


"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali
melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat sesuatupun di
atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan
tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang adalah tersendiri. Abang adalah
pelengkap segala kekurangan saya..Dan jika adapun kekurangan Abang,
kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta
serta isi hati isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?...

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada
manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu
diperbaiki.. .

Wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan
menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat
ikhlas menyayangi diri kita...
INSYA ALLAH."

Only for bebudak yg lahir tahun 80-an..

budak-budak yang lahir tahun 80-an mesti ingat nih: -

1. kat sekolah ada salesman jual buku, arini bagi list besok bawak duit
beli walaupun crita tu dah tau

2. kat library, budak2 memang baca buku but just tengok gamba je. bila
ada
program nilam, sibuk semua nak pinjam buku

3. time rehat pun kadang2 bukan pegi makan, ada yang main kejar2, duduk
sembang tepi longkang
pastu masuk kelas, abis kotor baju dan berpeluh-peluh

4. pakai pencil box yang boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener
kat tengah2

5. main lawan pemadam, sayang nak guna pemadam, dan mesti banyak
collection pemadam la time tuh..
time tuh pemadam paling famous pemadam ntah macam2 negara, padahal
fungsi pemadam tu adalah pemadam

6. pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada benda
berkilat (gold dust) dalam air tu

7. main game 2D, supercntra, supermario, street fighter, sume pakai tape

8. ape yg femes time tu break game pakai bateri, susun block, mesti tiap
budak ada punye.. takpun main
kad happy family, cari kuarge yg hilang.. hehe one family at home!!..

9. waktu nurse nak cucuk BCG takut, tapi pas cucuk poyo la pulak..
tunjuk terer

10. saper perot lagi besar mesti mengong.. haha

11. balik sekolah beli Jojo takpon ding dang, Tora pun best jgk, beli
semata2 nak mainan,
coklat dier tak makan pon :P

12. siri kartun, power rangers, ultraman, transformers, ninja turtle,
thundercats, maskman, tomato man
dan macam2 lagi la... gaban paling populer

Jangan lupe, semua ni sebab zaman sekarang bebudak tak sempat nak layan
bende mcm nih, kita akan sentiasa berubah, cume asal-usul kita yang
permanent... huhuhu

pas kat member2 korang mesti diaorang tersengih2 bace bende nih... ingat
kisah lama beb!!!

Rumput dan kasih sayang..renungkan lah....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga
kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan
dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ
dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun
sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke
kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas,
tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput
yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus
berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang
, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap
tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah
kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang
berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan
ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan
lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih
sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki,
jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

LOve Doesnt Need A Reasons....

Lady: Why do u like me? Why do u love me?
Man : I can't tell the reason... But I really like u...
Lady: U can't even tell me the reason... How can u say u like me? How can
u say u love me?
Man : I really don't know the reason, but I can prove that I love u.
Lady: Proof ? No! I want u to tell me the reason. My friend's boyfriend
can tell her why he loves her, but not u!
Man : OK...OK !!! Erm...because u are beautiful, because your voice is
sweet, because u are caring, because u are loving, because u are
thoughtful, because of your smile, because of your every movements...




Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became
comma. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content :

Dearest,
Because of your sweet voice that I love u...Now can u talk? No! Therefore
I cannot love u.
Because of your care and concern then I like u... Now that u cannot show
them, therefore I cannot love u.
Because of your smile, because of your every movements that I love u...
Now can u smile? Now can u move? No, therefore I cannot love u...
If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love u
anymore. Do loves need a reason?
NO! Therefore, I still love u... And love doesn't need a reason...

aku yg SENSORANG...

SENSORANG....


Aku yang sorang....
Hidup sorang...
Buat amende semua sorang...
Berak memang lah sorang..
Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr..
Aku yang sorang....
Makan sesorang..
Minum pun, sesorang...
Nak makan dua orang...
Tapi takut tak kenyang....

Aku yang sorang...
Bangun pagi sesorang...
Tido pun sesorang...
Hajat dihati nak tido dua orang..
Tapi buat sempit bilik pulak karang....

Berjalan sesorang...
berlari pun sesorang...
Bejoging pun sesorang
Ingat nak ramai orang..
Tapi tu, marathon lah korang..

Lepak sesorang.. mimpi pun sesorang...
berangan sesorang.. jiwang pun sesorang...
Pegi bandar sesorang.. balik bandar pun sesorang...
Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat
orang..

Semalam aku sorang...
Kini aku masih sorang...
Esok lusa sorang lagi kot...
Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang..

Tapi...
Aku bukannya orang-orang...
Aku bukannya orang utan..
Aku juga bukannya orang minyak...
Dan aku juga bukannya orang gila...
Dan aku juga bukanlah orang jahat...
Bukan gak orang kena sawan..
Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak
Macam korang jugak lah masa engko sesorang dulu !!

Walaupun aku hanya orang biasa...
Aku tetap orang...
Aku ingin menjadi gaban
Tapi nak jadi gaban kena gagah..
Tapi gaban tu bukannye hensem pun..
Lagi hensem ultramen..

DAH LAH TU KORANG?
DAH LAMA DAH LEPAK TU KORANG?
PEGILAH SIAPKAN KERJA TU SESORANG?
JANGAN INGAT AKU NAK TOLONG KORANG.....

Boss Vs me...isk3...

When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough


When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,


When I do something without being told,
I am trying to
be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,


When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
he is cooperating,


When I make a mistake,
i am an idiot.
When my boss makes a mistake,
he's only human.


When I am out of the office,
I am wandering around.
When my boss is out of the office,
he's on business.



When I am talking over phone,
I am chit-chating,
When my boss talks over phone,
he is talking business,


When I am surfing internet,
I am checking facebook.
When my boss surf internet,
he's doing research.


When I am not in the office,
I am ‘mengular’.
When my boss not in the office,
he's must be in a meeting.



When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
he must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an
interview
When my boss applies for leave,
it's because he's
overworked


When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
he never forgets

Saturday, May 9, 2009

description ni amat sesuai utk aku....hahaha....

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

kuiz aku di facebook

Notty just took the "Which Drug are You?" quiz and the result is Ecstasy.

You are a whole lot of excitement in a small package. You are the life of the party and get everyone around you feeling the love. You are emotional, affectionate and caring. You love making people as happy as you are.


- hahaha....who ever noes me will noe wether its rite or not..but..general tots..all people wanna have fun there..so..anyone culd be any drugs dat they wan..sick opinion n tots..haha

ETIKA BERSAHABAT

Dalam kita menjalinkan persahabatan tentu kadangkala ada masalah atau
problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau
saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini, marilah kita
sama-sama merenung dan beramal bagaimana untuk mengeratkan persahabatan
kita.


1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung
perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan
mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.


2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap
teman - teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar
masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara
ketika berbincang.


3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain.
Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati
kita.


4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu dan sudah tentu
orang lain juga akan menghormatimu.


5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi
hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh -
jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.


6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama
dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.


7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu.
Dan ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah
dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.


8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina
sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri
kamu dan orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu
bertolak ansur dengan kamu dan dalam masa yang sama kamu pula mengambil
kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!


9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata dan jangan terlalu celupar ketika berbicara bersama
teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang
perselisihan faham antara satu sama lain.


10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain.Teguran
hendaklah secara baik dan bukannya dengan melulu dan mengkritik. Bukankah
saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?


11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama
lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada disisinya
ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar dan tanda setia
kawan. Ia memberikan kekuatan dan sedikit beban masalah yang ditanggunginya
akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga
jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga
punya masalah yang perlu diselasaikan!


12. SALING BERHUBUNG


Jauh di mata, dekat di hati. Walaupun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak
dan kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar.
Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu
kepadanya.


13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah
baik. Kita lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tapi
haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang
kurangnya kita kenalah beralah dan bermaaf-maafan agar kekeruhan yang
melanda akan jernih semula.

Monday, April 27, 2009

Difference between "Wife" and "Girlfriend"

Some Malay people say:
Wife is a HARIMAU ............ ....
Girlfriend is HARI HARI MAU



And some say:
Wife is like TV, Girlfriend is like Handphone (HP)

At home watch TV, Go out bring HP.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old but HP, is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.

Most Important, TV got remote but HP doesn't have.

Last but not least.......

TV do not have virus but HP have VIRUS....
Once get it, game over.

So better choose TV, OK!

Hello...

to all bloggers and blog readers..
aku sgt sakit kaki n tgn..
sabtu lepas aku pergi sports club nye activity la kan...
truk gilos..aku ingatkan takde la mencabar..alih2 aku kene naik bukit kat FRIM tu melebihi 1 km.
ko bygkan la...aku ni tak penah nak buat pe segala jenis sukan yg lasak2 nih....sekali amik aku...wawawa..menangis..menanah...cirit birit(takla..gurau je...)da la aku ni asthma..nyaris tak mati..kalau tak tak pasal2 kua nus paper..glamer..haha...nak tunjuk terer la konon nak try sukan lasak...kikikikk..n da best part is..bkn aku sorg je yg mengaduh sakit kat opish...rupe2 nye ramai gi...haha...suke aku...ye la..ini menunjukkan bkn aku sorg je yg tak tahan...neway, to conclude it..dat was the bravest thing i do la as a first timer...haha..ok pe..

mcm mana cara nak ngorat..huhu

Persoalan ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai
yang pandai menggoda wanita.
Kini ramai pula wanita yang menggoda lelaki.

Bak kata perumpamaan, bagai perigi yang mencari timba. Masalahnya kini, kenapa pula wanita yang perlu mengorat
lelaki? Kenapa mereka begitu berani? Sebenarnya dalam dunia serba canggih ini, tidak ada syarat yang
menetapkan lelaki wajib memikat wanita dan wanita tidak perlu memikat lelaki. Pucuk pangkalnya hati.

Jika seorang wanita sudah terpikat, apa salahnya dia yang memulakan dahulu. Mana tahu, dengan cara ini cinta
akan berputik. Jika menunggu sahaja silap hari bulan, burung idaman terbang lari. Ingatkan bagaimana bekas
teman anda memikat anda suatu ketika dahulu? Apa taktik yang digunakan dan bagaimana anda boleh terpikat?

Walaupun tidak 100% betul, tetapi senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat
seorang wanita yang disukainya.

1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan
melontarkan satu renungan tajam kepada seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya
memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon
atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita
menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki
buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang
diidamkan.

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita.Mereka berbudi
dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat
dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan
jujur.

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu mendampingi ahli keluarga seperti
ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan
menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan
dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak
akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan
terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga
menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya.
Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita walaupun
dengan cara yang tidak disenangi.

5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah
dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk
berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan
hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk
memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi
awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri.

6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan. Mereka
suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak,
berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau
tidak dengan cita rasanya.