Tatchi de...... Modern..classic...contemporary...elegant...

Assalamualaikum to all...

Firstly, I want to thank the Merciful Allah for giving me a chance to fullfill my dreams and interest towards this make-up fields.. As a make-up artist..i maybe not the best yet... but i will improved and be the best and serve the best to all my clients..and future clients...
Di sini...jika anda ingin menggunakan khidmat saya di hari bersejarah anda, sila hubungi atau sms saya di no. 012-5164121 (24/7)... Insyallah segala pertanyaan anda akan di layan.
tidak kira bridal, dinner, and other special occasions.... =)

Monday, June 8, 2009

Baca..bagus nih...boleh menyedarkan diri sape2 yg tak sedar kekurangan diri..huhu...

Menilai "KEIKHLASAN" si dia & anda sendiri..


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dankeluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati
hari yang berbahagia tersebut..

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.. kedua mempelai begitu
anggun
dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang
setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil
menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal
yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang
tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya
mencatat hal-hal yang kurang baik
kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat
untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai
dulu ya",
kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya,
sekitar 2 muka
surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai
diri isterinya, ia
memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.


"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali
melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat sesuatupun di
atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan
tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang adalah tersendiri. Abang adalah
pelengkap segala kekurangan saya..Dan jika adapun kekurangan Abang,
kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta
serta isi hati isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?...

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada
manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu
diperbaiki.. .

Wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan
menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat
ikhlas menyayangi diri kita...
INSYA ALLAH."

No comments:

Post a Comment